Tuesday, December 29, 2009

Hai laa Anak......

Jam 3.30ptg....received call dr ayah...rupanya si kecik aku yg tipon...."mama....adik dah tak sabar nak balik..."...hahahah..aku gelak jer laaa...cuti sekolah start hari pertama da dok umah atuk n nenek ditemani oleh maktehnya.....arini baru smpi dr Pahang...so maktehnya, teman tidor x der sebab tu laa mintak amek......huh....tak punnnnn sebab tau yg babahnya belikan cd UP....kan leh caya tuh...tapi tak perlah...lama sgt da pun aku bercuti dr menjaga anak2 aku sendiri...so selamat kembali berjuang kepada diriku...... :),


MaRoSeS Love!

Monday, December 28, 2009

Hujung taun checklist....

Lamer giler x updated...bersawang udah blog aku ni....alasan yg sama busy..x sempat...nak download gamba lambat....cehhhhhh Alasan jer tu...he hehe...

anyway....berapa hari jer nak taun depan.....So checklist:

1. Register sekolah baru babang - check
2. Register sekolah adik - check
3. Beli beg sekolah - check
4. Beli baju sekolah keb & agama - check
5. Beli kasut sekolah - check
6. Beli buku sekolah keb - check
7. Beli buku sekolah Agama & pendaftaran - (28/12/09)
8. Orientasi sek keb adik - (31/12/09)

aper lagi ekkk....opsss badge x jait lagi....manyak tu huhuhu......lecehnya...saper nak amek upah jait badge ......sekolah keb & agama......Mak......he hehehe...tulung buleh......

MaRoSeS Love!

Saturday, May 02, 2009

Mood keciciran skit....!!!!

bersawangnya umah aku ni...apa nak buatkan status aku as a wife, mother, supir(pd anak2ku, makan gaji lagi......letih dow!! !!!!!!!!!!!!!!can explain how letih and penat it is......tp yg mampu aku ckp mmg letih, semualah....mental..fizikal....kdang2 rasa cam nak larikan diri seketika. ada masa give up sgt....bla anak2 sakit tpaksa bhgikan masa btul2 dgn kerja....tp still waras memikirkan tanggungjawab...nak puaskan hati semua yg aku sayang...n org yg tersayang tuh pernahker fikirkan perasaan aku... persoalannya di sini..memang ni ke yg sememangnya yang aku mahu.....................!!!!!?????????????
hati kl pernah terguris memang payah nak diubati......nampak tenang di raut wajah tapi dihati bergelut resah!!!!!!!!!!!

MaRoSeS Love! ...

Monday, March 16, 2009

M.....A....L.....A.....S!!!!!!!!!!!

Kemalasan yg selalu melanda.....bukannya tak da hot issue nak di war2kan..cumerrrr...tulaaahhhhkan....kalu da mmmmmmaaaaalllllllaaaaaasssss...x dapek nak tulung doooooohhhhh.........tulung2...aura rajin biler nak maghi niiihhhh



MaRoSeS Love!

Thursday, February 12, 2009

I'm Corryyyyyyyy..................

tu laaa...aku dok godek2 nk kekonon cantikan lagi blog aku tapi...blink...ntah menda aku buat tah...ilang sumer html ako.....nk wat blk....malasssssssnya...so kosong jer laa dulu tepi2 tuh...nk bukak blk satu2....tu laa yg bercinta nya.....penat laaa...ada masa nanti laa aku chekedoit...(ala2 apekkkk ckp tu lerr)..im coryyyyyy.....muahaaaaa...

Wednesday, February 04, 2009

miahaahaa...



layanzzz..aku tarak idea..bosan giler niee...tetiba ...tu jer la...

Sumpahan...fuhhhh(kalau betul...?!!!)

Selamat tengah hari…saya membuat panggilan daripada Celcom ibu pejabat kuala lumpur. Nombor puan ini telah terpilih memenangi RM10000 …..(sila ikut slang indon ye kengkawan ku….)


Aku yang yg memang x suke kalu mendapat panggilan maut yang sebegitu telah mengelabahkan lagi si mangkuk hayun itu….aku pon cakap…kl kamu dari celcom kuala lumpur kenapa slang kamu macam indon?...

Saya memang cakap macam ini. Saya dari sabah…..(dushhh ko ingat ako x tau slang indonn ke)

Blah la…saya ramai kengkawan dari celcom…ini sindiket penipu ni…..gelabah…terus letak telefon…dohhhh tullll laa..ko ingat sumer orang buduh…mcm ko ke ha? Sengal badigol….

Tuesday, February 03, 2009

Suatu petang yang indah!

Adik: Mama...ni kuku lali kan.....
mama: hah?!
Adik: ni....kuku lali kan....
mama: hah?! sambil aku menoleh ke blkang...dlm hati..." apa yang kuku lali nih..pelik jer bunyik!
Adik: ni....kuku lali sambil mnunjukkan kan kuku lalinya.....
mama: tanpa alasan.....ketawa..nasib x matik kt situh.....
Adik: mama ni gelak jerr adik ckp betul ni...(ngan muka yg elok skit dr cencorot...muka x puas hati)
mama: kenapa adik panggil kuku lali...tu bkannya kuku lali...tp buku lali laaa...
Adik: ni kuku lali laa mama.....kl buku lali ..buku kan untk membaca...ni kuku lali laaa....
mama: speechless....siapa yg hendak dipersalahkan.....ikut lgik memang btul la apa yg adik cakapkan tu....all this while..naper laa x pernah pun aku terfikir menda tu?....

Thursday, January 22, 2009

Bila kawan jadi kekasih


Bila kawan jadi kekasih



JAUH di sudut hati, terasa betapa indah memujanya. Namun siapa yang dapat merasakan cuitan hati jika tidak terluah dek kata-kata?

Jika khuatir persahabatan didatangi kebencian, pertimbangan harus berasas akal

JAUH di sudut hati, terasa betapa indah memujanya.

Namun siapa yang dapat merasakan cuitan hati jika tidak terluah dek kata-kata?

Yang menjadi masalah, mampukah ia terungkap jika orang yang diminati dan sering menjentik perasaan bukanlah orang lain sebaliknya sahabat baik sendiri?


Bertahun menjalin hubungan atas dasar sahabat sejati, rakan setia yang sanggup bersusah bersama dan bergembira di saat anda mahu meluah segala suka-duka, kini segalanya berubah.

Jantung bagai disentap apabila bertembung dengannya bahkan tiba-tiba membuatkan hati berdebar-debar dan jatuh cinta tanpa disedari apabila perasaan itu muncul di celah persahabatan yang dijalin.

Jika dulu, anda menganggap dirinya seorang sahabat sejati, sanggup berkongsi suka dan duka serta menjadi teman paling setia mendengar masalah, kini lain pula situasinya.

Sahabat yang selama ini dimahkotakan sebagai teman biasa kini bertukar menjadi kekasih istimewa.

Persoalannya, adakah hubungan akan berjalan dengan lancar jika bercinta dengan sahabat sendiri? Adakah dia juga merasakan hal yang sama seperti anda? Adakah anda harus menyatakan perasaan itu terhadapnya?

Apabila dilamun cinta dengan teman biasa, perlu diteliti semua aspek peribadinya sebelum sesuatu hubungan itu menjadi bertambah intim. Takut nanti, yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran.

Kata orang, bercinta dengan sahabat sendiri akan mencetuskan kekangan dalam perhubungan. Sekiranya khuatir persahabatan itu akan berakhir dengan perasaan saling membenci, anda harus mempertimbangkan aspek pro dan kontranya.

Pro

* Anda harus menyukai seluruh peribadinya. Perlu juga tahu perubahan hatinya, perkara yang membahagiakannya jika menjalin hubungan cinta dengan anda dan perkara yang perlu dihindari.

* Anda sanggup menempuh suka dan duka bersama tidak kira apa juga rintangan yang dihadapi berbanding sewaktu menjalinkan hubungan persahabatan dulu.

* Anda mengenali ibu bapanya dan diterima baik oleh mereka. Yang pasti, anda seharusnya mempunyai nilai positif yang membawa ke arah kebahagiaan kedua-dua pihak.

Kontra

* Memandangkan anda berdua sudah mengenali perilaku masing-masing, tiada lagi hal yang boleh membuatkan anda perlu bertanya. Ia mungkin menimbulkan rasa bosan jika anda masih mahu melakukannya.

* Anda meminati karakternya ketika bergelar sahabat, tetapi tidak mustahil karakter itu boleh berubah setelah hubungan yang dibina bertukar menjadi kekasih.

* Sikap seperti cemburu dan syak wasangka melampau mungkin antara sikap yang tidak pernah anda sangka muncul pada si dia yang dulu hanya seorang teman biasa.

* Sebagai sahabat, hubungan anda berdua dilihat bertambah baik, tetapi ia berubah setelah menjadi teman istimewa. Anda akan kehilangan orang yang selalu menjadi pendengar yang baik. Siapa yang akan menjadi pendengar setia apabila dia yang menjadi topik pembicaraan anda?



Dari segi pro dan kontra yang disenaraikan, aspek kontra lebih berkemungkinan membawa anda ke arah kehancuran sebuah persahabatan yang begitu indah.

Anda berasa sudah mengenali hatinya dengan baik sebagai sahabat, tetapi sebagai kekasih segalanya berubah.

Terdapat juga risiko yang harus anda hadapi apabila berterus-terang mengenai perasaan.

Jangan luahkan perasaan ini kerana ia akan muncul sekiranya kamu cuba menahan dan menyembunyikannya.

Duduk dengan tenang, pertimbangkan aspek pro dan kontranya.

Jangan lupa, risiko yang mungkin terjadi. Anda tidak akan mengetahui sejauh manakah perasaannya terhadap anda sekiranya anda takut untuk cuba bertanya sendiri.

Apabila anda berdua berjaya mengungkap perasaan cinta itu, mungkin pada awalnya ia akan menimbulkan sedikit kejanggalan, tetapi kesudahannya, ia akan berakhir dengan kegembiraan

Di Petik dari Harian Metro

kalau both x kawin lagi boleh la kawan jadi kekasih...tapi kalau da kawin (dua2 da kawin or sorang x kawin lagi)my advise...berpijak la pada bumi yang nyata....dan pada yang jadi kengkawan tu...kalau kengkawan lama call or terjumpa...just sematkan dalam hati hanya kawan...x perlu sampai lebih daripada itu..x perlu call or msg, ...hidup seperti roda...bila2 boleh di atas dan di bawah.....just fikirkan sekiranya pasangan anda buat sama sperti anda dan berada sama seperti situasi anda......x perlu masalah diceritakan pada kawan...nak2 lak kalau kawan tu berlainan jantina...mula2 simpati lama...jatuh hati...so beringat....(Kredit jugak utk diri sendiri...jgn lupa daratan

Ngantuk!...

mengantuk ya hamat.....aduiiiiyaaaiiiii cam no nak buat niehhh.....x reti aku nak curik tulang g tido..kl skit tu bley arr tuang2 skit...ni sihat walafiat cuma ngantuk......ni la hasilnya kalau mlm byk sgt wat o.time.........(saper yg harus dipersalahkan?..sayang! sila jawab)........

Wednesday, January 21, 2009

Apa Sebenarnya

Andai sampainya waktu aku harus tinggalkan mu
Akan aku berlalu bila tiba saat itu
Tak guna kau merayu dan tak perlu menahanku
Kerana yang berlalu kehendakmu

Hanya tuhan yang lebih tahu
Susah senang hidup dengan mu
Sumpah janji semakin layu
Hingga kini jatuh satu persatu
Engkau membiarkan ku

Air mata bertamu tidak kenal erti jemu
Menemani hatiku tidak mengenal ruang waktu
Mengapa dari dulu tak kau kata kan padaku
Kehadiranku ini menyusahkan

Yang terhalang kejujuranku
Dan yang terbilang kesilapanku
Memang payah dimengertikan
kerana tertutup pintu hati mu
Terima penjelasan

Biar apa jua tafsiran
Yang ingin kau nyatakan
Aku rela terima semua..

Tuesday, January 20, 2009

Matahariku

Tertutup sudah pintu ....pintu hatiku
Yang pernah dibuka waktu hanya untukmu
Kini kau pergi dari hidupku
Ku harus relakanmu walau aku tak mau

Berjuta warna pelangi di dalam hati
Sejenak luluh bergening menjauh pergi
Tak ada lagi cahaya suci
Semua nada beranjak aku terdiam sepi

Dengarlah matahariku suara tangisanku
Ku bersedih kerna panah cinta menusuk jantungku
Ucapkan matahariku puisi tentang hidupku
Tentangku yang tak mampu menaklukan waktu

Berjuta warna pelangi di dalam hati
Sejenak luluh bergening menjauh pergi
Tak ada lagi cahaya suci
Semua nada beranjak aku terdiam sepi

ubah!

aku try nak makeup blog aku ni...aku ni kannya it background so kena pelan2 kayuh la....mcm godek sendiri...nk tanya segan...tapi x pe...aku cuba tuk buang segan aku ni...ramai master2 sifu blogers ni......nt aku try roger..bosan arr nengok blog aku yg kusam ni

Monday, January 19, 2009

LUAHAN HATI SEORANG SUAMI

cuba baca artikel yg aku copy n paste dari blog member aku...menarik contents nya....apa2 pun....sbg muhasabah dan juga ikhtibar tuk kita....sesungguhnya......hanya insan2 yg terpilih diuji dengan semua ni.....wallahualam...

LUAHAN HATI SEORANG SUAMI

Saya sendiri sebagai lelaki rasa tercabar apabila isteri saya sering mewar-warkan kepada saya bahawa umur saya dah melewati 40 tahun. Life starts at 40. ' Kalau U rasa U nak pasang lagi satu, I izinkan ' , kata isteriku.

Bila berangan tentang nak kahwin lain ni memanglah seronok. Tersengih- sengih aje lah I at that time. Dunia ni dah terbalik gamaknya, kawan-kawan aku siap pegi Siam sana nak nikoh lagi satu, ni bini aku siap suruh pasang sorang lagi...?! ' Tak tahulah kalau isteri I tu main reverse psikologi dengan I. Tapi lepas I berfikir panjang, rasa-rasanya tak nak lah.


Sebab apa ?

Bila mengenangkan umur I yang dah 40+. Let ' s say kalau I kahwin dengan anak dara, katakan umur 22 tahun. Memang lah seronok beb.


Tentang makan minum, pakai I, kemas rumah dan kegemaran I, rasa nya I tentu asyik teringatkan my first wife.
Tak perlu nak ajar, I suka makan apa, cam mana cara nak masaknya, baju I kena gosok cam gini, kalau I bangun tidur I suka kalau my wife dah siapkan segala gala nya lah.
Tak perlu I bagitau, dia dah tahu apa I suka. Cerita apa I suka kat TV, teh atau kopi manis macam mana, hobi apa,
sukan kegemaran ... semua dia dah tahu. Tak perlu start balik macam zaman umur 20-an dulu ... Rasa rasa dapat ke isteri muda I suruh buat gitu, tentu dia banyak ragam. Ye lah dia muda, I kan dah tua. Mesti dia kata I ni mengada-ngada. Sure I yang kena manjakan dia lebihlah, sebab dia muda. Silap haribulan, takut lari lak, kan ... Isteri muda ni bukan macam yang dah bersama dgn kita sejak muda. Kalau kita rasa isteri tua banyak belanja, isteri yang muda pasti lagi teruk.


Eh, budak 20-an zaman sekarang, dengan henbeg Gucci, dengan nak tudung kain Mawi dan henpon jenama Nokia N95, Itu tak termasuk kereta, paling korok pun mesti nak Honda atau Toyota . Perempuan muda sekarang mana main naik Proton atau Perodua. Kalau I tak bagi barang-barang tu, dia tak nak bagi ' barang ' dia lak malam-malam.
Sedangkan dengan isteri tua, awal-awal kahwin naik motorsikal cabuk pun sanggup, berpanas berhujan, dukung anak kita dicelah motor tu. Ahh ... terkenang juga zaman ' miskin ' dulu tu. Rumah dengan bini tua dulu pun setakat apartmet 3 bilik. Tidur atas tilam nipis, dapur pun kecik, perkakas pun tak banyak.


Oh, untuk isteri muda, terpaksa aku buat OT untuk bayar rumah teres dua tingkat tu, nak bayar peti ais Samsung dan TV Sony Bravia 40-inci mu itu ... Dah umur 40-an ni, darah tinggi lak aku ni kena buat OT setiap hari... hari minggu pun kena cari duit ... nak tengok bola pun tak dapat ...


Lebih haru lagi, tentu anak anak I akan memberontak sakan. Yelah sekarang ni kan banyak kes bapak kahwin lain anak-anak lebih tertekan. Ramai jadi liar, hisap dadah, jadi mat rempit dan bohsia. Sebab tension bapak kawin baru.
Takut mereka menjauhkan diri dari I, malah akan membenci pula.


Disebabkan masyarakat kita ni memandang serong pada keluarga yang bapak mereka kahwin lebih dari satu. Kalau I ada anak dengan isteri baru, tentu kecik sangat lagi di masa I dah tua dan memerlukan perhatian dari anak-anak.
Sedangkan rumah isteri muda tengah hiruk pikuk dengan anak anak kecil ( kan dah ada experience dengan isteri pertama -bagaimana kelam kabutnya dia menguruskan anak-anak)


Sedangkan di rumah isteri tua, anak anak dah besar, boleh tolong mak dan sedang seronok bergurau senda bersama ibunya membincangkan topik-topik terkini dan juga kehidupan mereka. Duduk rumah bini muda, I yang tua-tua ni lak kena salin pampers dan bagi baby mandi. haha ... kalau tak buat, takut isteri muda merajuk pulak.


Tak boleh jadik nih. Banyak benda yang kena repeat. Mula mula kawin tentu seronok. Paling lama setahun-dua.
Bila dah ada anak,tanggungjawab baru bermula semula sebagaimana dengan isteri pertama dulu-dulu. Tapi masa ni kita dah tak larat nak basuh berak anak, nak pegi shopping beli baju anak anak, nak dukung anak-anak. Leceh lah nak kena teman isteri muda buat semua tu.
Silap haribulan orang kata tengah pilih baju cucu. Eii tak sanggup pula. Paling takut, orang ingat isteri muda tu anak I ...... lagi haru ...


Balik rumah mertua pula, teringatkan masa akad nikah dulu, beria ria kita nak kan anak dia, lepas tu kita kawin lagi satu. Tentu muka nih tak tahu nak letak kat mana. Orang tua tak kan nak straight to the point. Tanya itu ini.


Kalau dia nak bercakap tentang tu cukup dengan jelingan dan kerlingan mata,buat kita dah tak senang duduk.
Tak kan raya asyik balik umah mak mertua baru aje. Apatah lagi kalau I ni lak umur nak sama dengan mak-bapak mertua baru I tu ....


Hish banyak lah lagi.


Bagi korang yang suka berbincang pasal benda yang indah indah kawin dua nih silakanlah. Tapi bagi I selagi hayat dikandung badan, selagi tu lah I tak nak tambah. Tak nak lah mendabik dada. Cakap besar.


Tapi sekadar menurutkan nafsu dan benda dalam seluar tu rasanya tak pernah kurang pun layanan isteri pertama terhadap I. Keluarga ni, kita bina keluarga bahagia yang di depan mata. Bukannya yang di dalam kepala. Bukannya di dalam seluar dalam je.


Hadapi hari esok yang tentu dengan keluarga yang banyak mengharungi susah senang dari mula. Pengorbanan isteri (walaupun kadang kala dia pernah merungut salah Kita juga, cuai dan mengabaikannya) . Apa pun semuanya bermula dengan kita. Insaflah.


Kalau nak ikut nabi, rasa rasanya solat subuh pun kita terlepas kalau isteri tu tak kejutkan. Bukan nak kata solat Subuh, kekadang waktu lain pun terlambat atau terlepas.
Baca Quran pun sekali-sekala, baca Yassin pun hanya bila ada orang meninggal. Ikut sunnah Nabi apa nama tu.
Tak payah lah yang lain lain. Kang ada yang nangis bila disebutkan. Cukuplah. Sesungguhnya amat bertuahlah suami-suami yang mempunyai isteri yang menyuarakan pendapat di ruangan ni.


Membuktikan mereka sayang, kasih dan cinta pada kalian.
Apa sangatlah kita nih. Macam nabi konon. ye ke? Bab kawin kawin aje nih cam nabi. Bab menegakkan benda dalam seluar dalam je nak ikut sunnah. Cuba bab menegakkan agama Islam, masih lagi terkial kial.
Wallahualam

Terapi ikan....

me n hubby g sini...matiklaaa entry pekasamm.....larikkk.....masa ada promotion..so cubalaa...slalu nengok org jer kan...at least bley gak la kan gan poyo citer kt orang ..."weh aku da cubaa...geli gilerr" ha ha ayat x bleh blah..


banyak kan anak ikan...korang bayangkan laa bertapa geli2nya..kaki ku rasa.....abih di celah2 kaki dikeruk2nya....so agak2 saper yg kaki nya agak berkurap n berkusam korang bayangkanla betapa banyak nya lagi anak ikan tu akan g kt kaki korang...so kira kaki aku nihhh ok laa ha ha ha
ha yang ni kaki hubby....(sbb ada mnyk bulu....bulu kaki la beb)..pelik ekkk ikan tu tak takut pun kat bulu tu ehhh sayang!!!! ha ha ha
cuba laa..best gak...tapi tipu ahh orang kata ikan tu makan abih kerak2 or karat tu bagi abih.....kureng skit jerrr....at last ko kena sental gak kaki ko kl berkarat tuhh.......

Salam

Jiwa dan hati yang hilang....bukan senang untuk di cari ganti.....sebelum ini aku hanya mendengar dan melihat tetapi setelah aku sendiri mengalaminya...hancur luluh jiwa dan raga,,,,hati serasa dibawa pergi oleh angin.........kosong....sepi dan hilang semuanya......
kalau dulu...akulah yang menjadi pendengar setia dan juga penasihat dan juga peneman setia kepada teman2 yg mengalaminya..tetapi bila aku sendiri.....pada siapa yang harus ku berkongsi rasa...pada insan manakah yang memahami dan bersedia mendengar luahan?...............berikan aku kekuatan yang maha hebat untuk aku menghadapi dan berdepan dengan semua ini.....