Thursday, August 05, 2010

Mood suda mari!

uit...tetiba petang menjelma mood baik suda mari...huhuhu...laki i nak balik haruslah namo ader mood marah2.....harrrkkksss.....




MaRoSeS Love!

MARAH

Pernah tak rasa marah tapi tak boleh nak diluahkan...ibarat di telan mati bapak..diluah mati emak....huhuhuhu sungguh kompleks kan keadaan itu....rasa nak lempang pun ader...nak sepak pun ader tp tu laaa tak boleh....ishhhhhhhhhhhh...grrrrrrrrr.....ader sesapa nampak ader sorang makhluk yang tetiba kuar api dari mulut tu .....ko ignore jerrr laaahhh...wat tak tau jerrr..........!!!!!!!!!!!Per pandang-pandang?.....Nak jadik BBQ?......







jap arrrr nak g amek air semayang jap.................syyyyyyyhhhhhh......................


MaRoSeS Love!

Tuesday, August 03, 2010

Suam-suam kuku

 Tajuk x leh blah...hahahhaaa....ni laa jadinya bila mood kemalasan yang amat panjang melanda....banyak sebenarnya yang terjadi yang boleh dijadikan modal lam blog ni ...tp tu laa...bila mengarang padam balik....last2 lupo..kedaung sudahnya.....aku sebenarnya kerinduan..huhuuhuhuhu....rindu kat laki tu satu hal....ni kes lain ni....aku dok tgh mentrace mencari sahabat baik sekolah menengah Jengka 2....betul2 lost contact...tak tau nak cari kt mana da....dlm fb pun x da reply gak....habis cam no....Kepada sesiapa yang mungkin mengenali Ayu Munira Mohtar dari JB sila2 laaa contact aku yek.....Oh Ayu maner laaa kamu ni menyorok.....puas aku mencari...Kangen sama kamu..............ehhhh...tajuk aku lari isi...hahahaa lantak ko la situ.............


MaRoSeS Love!

Thursday, May 27, 2010

May 27.......

Berubah lagi 1 angka......, Ya Allah, Kau permudahkan perjalananan hidupku ini, Kau berkati segala apa yang aku kerjakan....Kau rahmatilah diri dan keluarga ku......Kau jadikan lah aku ini hambaMu yang sentiasa redha dan bersyukur di atas segala limpah rahmat Mu....dan jangan sesekali engkau letakkan aku di kalangan hambaMu yang sombong dan kufur di atas segala rahmatMu....Amin Ya Rabbil Alamin.....



MaRoSeS Love!

Tuesday, May 25, 2010

Sendiri!!!!


 Letak gambar sendiri aci tak?.....












MaRoSeS Love!

Mata

 Agak-agak mata boleh ke menceritakan apa yang tersirat dan terbuku di dalam hati?....












MaRoSeS Love!

Terbuka kah?

 Pernah tak rasa yang jiwa membuku, terbuku, membara, grrrrrrrrr....dan juga yang sewaktu dengannya.....itulah masalah yg aku rasa skarang....errrmmmm...rasa boleh ker aku ni melupakan apa yang telah dilakukan oleh nya....boleh ker aku buat pekak n buat tuli selepas apa yang terjadi.....huh.....tu laah kan....i can forgive but cannot forget!.......jadi minta2 Allah buka kan lah hati ku ini ini memaafkan dan juga melupakan apa yang terjadi!...amin.....Emo untuk diri sendiri...........cuba sebelum tidur memaafkan semua orang yang ada di dunia ini....tengah mencuba juga untuk memohon maaf kepada semua yang ada di dunia ini (huhuhu mampu ker beb!) haahhaa...aku dah gila rasanya ni...lantak arrr faham ke tak...pedulik .....sekadar meluahkan apa yang terbuku jer.....

MaRoSeS Love!

Monday, April 05, 2010

Apabila Tiba Masanya Kita Akan Dijemputnya........

Terkesima aku dibuat ....berturut-turut berita kematian......Mula2 berita kematian Din Beramboi....kemudian ayah kepada adik ipar aku plak....n terbaru kelmarin Tok Ndak tuk sedara aku jugak dijemputnya......,  Sebelum berita kematian.....ayah aku jugak dalam keadaan yang sakit....hampir sebulan jugak dia sakit...tp alhamdullilah sekarang semakin pulih....Kepada yang kehilangan orang tersayang.....bersabarlah...kerana mereka telah dijemput kerana Allah lebih mengetahui dan juga amat menyanyangi nya.....Cuma peringatan utk diri aku sendiri.....Sayangi dan hargailah orang yang menyanyangi kamu dan juga luahkan sayang dan kasih kamu kepada mereka sementara masa masih ada...kerana sekiranya telah dijemputnya....semuanya telah terlambat utk kita.....Tiada salahnya sekiranya kita menunjukkan kasih sayang kita.....tidak rugi rasanya kita meluangkan sedikit masa kita kepada mereka.  Kerana kita tidak boleh membaca masa hadapan.....Dan juga moga-moga aku tidak menjadi orang yang rugi di dalam menunjukkan kasih sayangku kepada orang yang menyanyangi ku....Aku tidak mahu hidupku diselubungi rasa kesal yang berkekalan kerana terkilan kerana telah melukakan hati orang yang aku sayang!...............

MaRoSeS Love!

Monday, March 22, 2010

Ujian.....Tabah.....Rahmat.....

Lama betul aku  tidak mencoretkan di dalam blog aku sendiri....aku lebih senang membaca nak mengintai blog orang lain dpd lepak kt blog sendiri.....tambahan plak da ada fb lagi lerrr makin jarang-jarang aku meluangkan masa untuk menitip di sini...

Errmmm apa yang sebenarnya aku nak tulis ni....berbuku jer rasa dlm hati...apa yang aku tahu..selama ini aku rasa aku teruk diuji oleh tuhan tetapi sebenarnya...ada lagi yang lebih teruk diuji...kenapa aku tidak pernah untuk bersyukur atas apa yang telah tuhan berikan kepada aku...untuk sahabatku...."Allah tidak akan menguji hambanya yang tidak layak diberikan ujian daripadanya...."kau adalah hambanya yang terpilih antara umatnya"..."walaupun sepahit mana pun ujiannya....mungkin ada rahmat untuk kau di masa hadapan"....


MaRoSeS Love!

Friday, January 08, 2010

Rahsia Solat Awal Waktu...

Petikan ini dipetik dari kiriman email sahabat....sebagai perkongsian ilmu kita bersama.......

Rahsia Solat Awal Waktu

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.



Waktu Subuh


Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.


Waktu Zuhur


Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?



Waktu Asar


Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.



Waktu Maghrib


Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.



Waktu Isyak


Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail. Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya .



Waalahua’lam



Rahsia Solat Awal Waktu
Ditulis oleh Ustaz Zahazan
Jumaat, 17 Julai 2009 17:35




MaRoSeS Love!

Hati Berbunga.........untuk seketika.....

Pagi subuh tadi dah pegi jemput mr. hubby di bus stand shah alam......drive sorang2 tgh malam...cuak gak....ngenangkan lori besar2...walau seminggu baru berjauhan....aduh hai...rindunyaaaa.....! Tapi sekejap sangat .....esok pagi dah balik ke sana.....

Duhai hati...tabahlah....!!!!!!




MaRoSeS Love!

Thursday, January 07, 2010

Separuh Jiwaku Pergi

Separuh Jiwaku Pergi...........

Separuh Jiwaku Pergi
Memang indah semua
Tapi berakhir luka

Reff:
Benar ku mencintaimu
Tapi tak begini
Kau khianati hati ini
Kau curangi aku

Kau bilang tak pernah bahagia
Selama dengan aku
Itu ucap bibirmu
Kau dustakan semua
Yang kita bina
Kau hancurkan semua

Tak da tajuk.......:(

errmm...macam mana nak luahkan rasa hati..sedang kan ia berbuku di dalamnya.....!








Gambar masa muda2 dlu.....(merah nya mulut aku tuuuuu hhhuuuhhuu)


MaRoSeS Love!

Wednesday, January 06, 2010

Permulaan Tahun Baru 2010

Permulaan tahun baru 2010 yang begitu mencabar untuk aku....untuk pertama kalinya aku berjauhan dengan mr. hubby....uruskan persekolahan anak2 keseorangan. Emosi, fizikal dan mental benar2 tercabar.......Alhamdulllilah anak2 langsung tidak memberi tekanan kpd aku...mereka betul2 bertimbang rasa dan juga mempermudahkan semua urusan...mungkin mereka juga sedar yg mamanya keseorangan disini....
Adik telah melalui proses minggu orientasi so far aku tgk dia bleh adjust dgn segala persekitarannya...dan juga dia telah ditukarkan kelas yg pertama setelah selesai ujian pertama.....harapan aku agar dia tetap kekal dengan pencapaian tersebut.. Babang pla...dia seorang abang yg begitu bertanggungjawab....setiap saat dan minit aku pesan supaya menjaga adiknya........nampak gayanya tidak pernah lagi si abang mengingkari arahan....walau balik jg tidak pernah ditinggalkan adiknya.....tp adiknya tghari tadi da tinggalkan abg...dia yg sampai dlu kat aku..bila tanya..."tak nampak pun abang..jadi adik jalan la sendiri"...sabo jer laa. nasib abg bila tgk kelas adik kosong terus cari aku...x melilau mencari adiknya...........abg juga sebenarnya terpaksa aku tukarkan sekolah bersama adiknya...kerana masalah pada mulanya adik di tempatkan sekolah yang berlainan.... terpaksa panjat ppd untuk buat penukaran abgnya....so alhamdullilah tidak sia2 aku tukarkan abg di sekolah ini.... persekitaran nya sgt sesuai utk anak2 aku belajar....Guru besar pun jenis yg turun padang.....bersama parents di masa hari pendaftaran sekolah....Moga ada sinar baru .....amin.......(Gilo...tetiba aku x tau nak tulis penutup......)


MaRoSeS Love!