Tq auntie atas info dan entry yang berguna ini...saya tiru bulat2 ekkk...sorry...
Bacaan ini untuk peringatan kepada diri aku sendiri.aku masih lagi mempunyai seorang ibu....dan aku juga masih mempunyai ibu mertua yang aku sayang macam mana aku sayang mak aku sendiri...so ..kalau nak baca jugak ikut sensitiviti masing2....!!! moga2 Allah jadikan aku isteri yang sentiasa mendapat keredhaan Allah dan juga sentiasa taat dan menjaga kehormatan suamiku....!!!
TANDA2 ISTERI DERHAKA
Kita
jangan keliru, apabila wanita disebut sebagai isteri, bukanlah untuk
merendahkan taraf wanita itu. Ia adalah sebagai suatu jaminan hak
supaya mereka itu dipelihara, dilindungi dan dibela dengan baik oleh
suami.
Seorang
isteri tentulah mempunyai tugas dan tanggungjawab terhadap suami.
Tanggungjawab ini adalah suatu perkara yang serius dan tidak boleh
diabai-abaikan. Isteri yang mengabaikannya senang mendapat laknat dan
dikhuatiri termasuk ke dalam kategori isteri derhaka.
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah Radhiallahu ‘Anha bermaksud:
"Aku pernah
bertanya kepada Baginda: "Siapakah orang yang paling berhak ke atas
isteri ?" Baginda menjawab:"Orang yang paling berhak kepada isteri
ialah suaminya". Kemudian aku bertanya lagi :"Dan siapakah orang yang
paling berhak ke atas suami?" Baginda menjawab:"Orang yang paling
berhak ke atas seorang suami ialah ibu kandungnya."
(Riwayat Bazar dan al-Hakim)
Dalam sebuah hadis yang lain pula Baginda bersabda bermaksud: "Sekiranya
aku dibenarkan untuk memerintahkan seseorang bersujud kepada orang lain
nescaya aku perintahkan seorang isteri bersujud kepada suaminya."
(Riwayat Tirmizi dab Ibnu Hibban)
Jika
ada para isteri yang tidak menunaikan tanggungjawabnya kepada suami
dengan sebaik-baiknya, dan menganggap tanggungjawab terhadap suami itu
hanya membebankan dan menyusahkan dirinya, maka isteri yang sedemikian
itu dikhuatiri termasuk di dalam kategori isteri yang menderhaka atau nusyuz.
Apakah
ciri atau tanda isteri yang derhaka itu? Ini perlu diketahui
semata-mata untuk dijadikan langkah waspada agar para isteri terhindar
daripadanya. Berikut diketengahkan antara ciri atau tanda isteri
derhaka:
Tidak mensyukuri kebaikan yang dilakukan suami
Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bermaksud: "Aku
lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana
ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan
ahli neraka ialah wanita. Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
ditanya: "Mengapa demikian ya Rasulullah?" Baginda menjawab: "Wanita
mengkufurkan suaminya dan mangkufurkan ihsannya. Jikalau engkau berbuat
baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum merasa berpuas hati
dan merasa cukup."
(Riwayat al-Bukhari)
Dalam hadis yang lain Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda bermaksud:
"Kebanyakan
ahli neraka adalah terdiri daripada kaum wanita." Maka menangislah
mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka: "Mengapa terjadi
demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?"
Baginda menjawab : "Tidak, mereka ini ialah mereka yang menggunakan
lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang
disediakan oleh suaminya."
(Riwayat Muslim)
Ibnu ‘Asakir pula menyebut: "Apabila
seorang isteri berkata kepada suaminya, aku belum pun melihat atau
merasa nikmat pemberian daripadamu, maka ketika itu gugurlah segala
pahala amalan kebajikannya."
Menyakiti hati suami
Isteri yang suka menyakiti hati suami akan menerima balasan buruk sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam: "
Seorang wanita menyakiti suaminya, maka isterinya yang bidadari itu
berkata: Janganlah kamu menyakitinya semoga Allah mengutukmu, kerana
dia (suami) itu disampingmu hanyalah sebagai orang asing yang akan
berpisah denganmu menuju kami."
(Riwayat Ibnu Majah)
Puasa sunat tanpa keizinan suami
Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam: "Tidak
boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat, jika suaminya ada
dirumah, serta tidak dengan izinnya dan tidak boleh memasukkan seorang
lelaki ke rumahnya dengan tidak izin suaminya."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Keluar rumah tanpa izin suami
"Apabila perempuan keluar
rumah, sedangkan suaminya membencinya, dia dilaknat oleh semua malaikat
di langit, dan semua apa yang dilaluinya selain daripada jin dan
manusia sehingga dia kembali."
(Diriwayatkan oleh Thabarani di dalam al-Awsat)
Meminta cerai daripada suami
Sabda Rasulallah sallallahu ‘Alaihi Wasallam bermaksud:
"Mana-mana isteri yang meminta suaminya menceraikannya dengan tiada sebab yang dibenarkan oleh syara’ haram baginya bau syurga."
(Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)
Isteri yang tidak menunaikan hajat suami
Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam:
"Apabila
memanggil suami akan isterinya ke tempat tidur, tetapi ditolaknya
sehingga marahlah suaminya, maka akan tidurlah wanita itu di dalam
laknat malaikat sehingga ke pagi."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Demikian
sebahagian daripada ciri-ciri atau tanda isteri derhaka dan balasan
buruk yang akan diterima di akhirat nanti. Semoga ianya akan memberikan
manfaat dan kesedaran bagi kita semua, khususnya kaum isteri.
seperti di dalam hadis ini:
Dari Ibnu
Abbas r.a katanya Rasulullah SAW bersabda:”Diperlihatkan (Allah)
kepadaku akan neraka.. Ketika itu kulihat kebanyakan isinya terdiri
daripada perempuan-perempuan kafir.” Baginda ditanya oleh
seseorang:”Apakah mereka kafir kepada Allah?” Jawab Rasulullah, “Mereka
kafir kepada karib (suami) dan (tidak tahu berterima kasih) atas
kebaikan (yang diterimanya). Biarpun engkau telah berbuat baik
kepadanya sepanjang masa, kemudian dilihatnya daripadamu sedikit
kesalahan sahaja, lantas ia berkata:”Saya tidak pernah melihat kebaikan
darimu sedikit pun!”
Tugas seorang isteri di samping harus
taat kepada Allah SWT hendaklah taat kepada suaminya. Sekiranya
kedua-dua tugas ia dapat dilaksanakan dengan baik, maka syurgalah
baginya. Sabda Rasulullah: "Jika seorang perempuan telah sembahyang
lima waktu, menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya pasti ia masuk
syurga dari berbagai pintu yang dikehendakinya." (Riwayat Ibnu Hibban)
Sebagai perempuan atau wanita yang
bergelar isteri, kita mempunyai satu kewajipan yang besar dan penting
terhadap suami. Sebelum kewajipan lain dilaksanakan, kewajipan terhadap
suami harus didahulukan. Manakala bagi lelaki mereka pula mempunyai
kewajipan yang amat besar terhadap ibunya. Sejauh kemampuannya, ia
perlu memenuhi setiap kewajipan terhadap ibunya, kerana itu kewajipan
yang mesti dilaksanakan.
Rasulullah bersabda: "Wanita yang taat
terhadap suaminya, diminta ampun oleh burung di angkasa, ikan-ikan di
dalam air, malaikat di langit, matahari dan bulan, selama wanita itu
ada dalam kerelaan suaminya. Dan setiap wanita yang derhaka kepada
suaminya, maka kepadanyalah laknat Allah, malaikat dan manusia
semuanya. Dan setiap wanita yang bermuka masam pada suaminya, ia adalah
dalam kemurkaan Allah Ta'ala sampai ia (wanita/isteri) bersenda gurau
dengan suaminya dan ia meminta kerelaanya. Dan setiap wanita yang
keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya, malaikat melaknatnya hingga
ia pulang." (Riwayat Al Bazzar).
Kebanyakan isteri telah lupa atau
alfa, dengan tingkah lakunya terhadap suaminya. Mungkin bagi seorang
suami terpaksalah mengalah, tetapi sekiranya hati suami terguris walau
sedikit sebesar zarah pon dia tidak menunjukkan dengan memek mukanya ,
tidak berkata dengan lidahnya. Maka azab api nerakalah bagi si isteri
..Berdosa. Ucapan terima kasih perlulah ada di tujukan kepada suami
bagi menghargainya , menyenangkan hatinya, atas pemberiannya yang
ikhlas kepada isteri tercinta walaupon kecil pemberiannya. Janganlah
kamu menidaknya, atau mengabaikan pemberiannya. Kerana pemberiannya
adalah satu keikhlasan kasih sayang dia terhadap diri kamu yang di
cintainya.
Oleh itu, berterima kasih kepada suami
amatlah penting. Ini telah di suruh dari zaman Rasulluah lagi, dan
azabnya api neraka bagi isteri yang derhaka, tidak taat pada suami dan
tidak berterima kasih kepada suaminya.
Apa yang perlu di buat adalah seorang isteri hendaklah taat pada suami dan jadilah isteri yang solehah.
Mudah saja, untuk masuk syurga bagi seorang isteri adalah ;
1. Taat pada SUAMI , ikut dan buat apa yang di suruh nya selagi tidak bercanggah ngan syariah agama.
2. Melakukan segala suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya.
3. Menjaga amalannya, tingkah lakunya dan sikapnya.
Perlu dan wajib tahu
Anak perempuan bila dah berkahwin bukan lagi hak ibubapanya sebaliknya dah berpindah menjadi milik suami dan ibu bapa mertuanya
Berbeza pula
Anak lelaki walaupun dah berkahwin
hatta bercucu cicit sekali pun, tanggung jawapnya terhadap ibu bapanya
tidak pernah lupus tarikhnya...
Muliakan lah mertua, terutama ibu
mertua, sesaorang anak perempuan bila sudah berkahwin dan seorang
isteri perlu mengutamakan ibu mertua berbanding ibu sendiri. Bukan
untuk menafikan hak ibu yang melahirkan tapi memuliakan mertua akan
memudahkan tanggung jawab suami terhadap ibu bapa nya.
Apabila seorang isteri memuliakan ibu bapa mertuanya, mudahlah suami meneruskan tanggung jawabnya terhadap ibu bapanya
MaRoSeS Love!
No comments:
Post a Comment